Penaja blog, harap tlg klik

Sabtu

Sistem Operasi Ubuntu

ubuntu

Ramai yang bertanya kepada saya mengenai apa itu ubuntu, cara install ubuntu, cara guna ubuntu dan apakah kelebihan menggunakan ubuntu dsb. Untuk bahagian pengenalan ini, saya akan ceritakan mengenai Ubuntu secara umum dulu bagi membantu pembaca semua memahami apakah sebenarnya sistem operasi ini.

Ubuntu ialah sistem operasi sumber terbuka (Open Source) berasaskan Linux yang popular (linux distribution atau distro). Ianya adalah percuma untuk digunakan, tak perlu beli lesen seperti Windows dan boleh digunakan pada desktop, laptop, netbook dan juga mac.

Pendek kata, fungsi Ubuntu adalah sama dengan Windows XP, Vista dan 7 cuma berbeza pendekatan dan cara penggunaanya.


Screenshot Ubuntu versi terbaru 10.04 (Lucid Lynx)

ubuntu-lucid-lynx

Kelebihan menggunakan Ubuntu

1. Percuma seumur hidup, tak perlu beli lesen dan boleh guna di banyak komputer hanya dengan satu CD sudah cukup

2. Stabil, bebas virus dan malware, worm dsb jadi tidak perlu beli dan pasang perisian antivirus

3. Sangat ringan dan laju dan boleh digunakan pada komputer dengan hardware yang rendah dan lama

4. Tidak perlu susah-susah install driver sebab kebanyakan driver adalah terbina dalam seperti LAN, Wifi, Audio dan sebagainya.

5. Segala perisian asas untuk browsing internet, office, mendengar muzik, memainkan video, photo viewer, kalkulator dsb adalah terbina dalam.

6. Ada fungsi live cd, iaitu anda boleh mencuba menggunakan Ubuntu tanpa perlu install ke dalam hard disk, hanya perlu boot menggunakan CD Ubuntu untuk masuk ke Live CD session.

ubuntu software center

7. Ada Ubuntu Software Center, memudahkan untuk anda download software2 lain yang tidak terbina dalam Ubuntu

Ubuntu Cool Effect

8. Desktop effect yang sangat cool dan menarik dengan Compiz Fusion.

9. Kebolehan menjalan perisian2 Windows menggunakan Wine (Windows Emulator).

10. Tahap customization yang sangat tinggi, anda boleh ubah desktop dan seluruh sistem operasi jika mahu, salah satu kelebihan perisian sumber terbuka.

11. Terdapat versi baru Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan bagi memastikan anda sentiasa up-to-date.

Banyak lagi kelebihan yang anda pada Ubuntu sebenarnya, yang itu anda harus explore sendiri.

Kelemahan menggunakan Ubuntu

1. Masih belum cukup user friendly, pengguna biasa mesti keliru dengan cara penggunaannya.

2. Perisian2 kegemaran anda di Windows mungkin tidak boleh digunakan di Ubuntu. Tidak semua perisian compatible biarpun anda guna Wine.

3. Linux tidak dibina untuk bermain game, jadi kalau anda seorang gamers tegar lebih baik guna Windows sahaja.

ubuntu terminal

4. Sesetengah perkara memerlukan anda menaip command di terminal seperti sh Nvidia-Driver-19823-RX-12ASDS.run dan sudo apt XXXXX ini merupakan sesuatu yang memeningkan kepala bagi pengguna beginner.

5. Ubuntu sangat memerlukan penggunaan internet sebab anda perlu internet untuk download extra plugins, add repo, install codec, install drivers dll.

6. Kebanyakan perisian terbina dalam Ubuntu adalah tidak setanding dengan perisian yang anda biasa gunakan di Windows. Sebagai contoh, Open Office sangat berbeza taraf dengan Office 2010 kerana Office 2010 sangat canggih dan Open Office seperti anda guna Office 2003 sahaja.

7. Jika biasa menggunakan Windows 7, anda mungkin merindukan fungsi Superbar, Aero Glass dan bermacam2 lagi fungsi yang tidak terdapat pada Ubuntu.

8. Tema dan skema warna yang digunakan pada Ubuntu mungkin tidak kena pada jiwa sesetengah orang kerana ia tidak bersifat universal seperti warna biru.

Cara Mendapatkan CD Ubuntu

Anda boleh request cd percuma daripad pihak Ubuntu, ia mungkin mengambil masa dari 6 – 10 minggu.

Request CD Ubuntu (link).

Download Ubuntu

Anda boleh download Ubuntu daripada laman rasmi Ubuntu.com. Ia terdapat dalam banyak versi seperti dekstop i386 dan amd64, netbook edition, server edition dsb.

Kubuntu menggunakan KDE sebagai antaramuka dan Edubuntu pula mengandungi perisian2 akademik dan sesuai juga untuk kanak-kanak.

Download Ubuntu dari Ubuntu.com | Mirror MMU Malaysia.

Hanya pilih versi yang sesuai untuk komputer anda sahaja ya.



Kami berharap artikel ini membantu sedikit sebanyak pemahaman anda mengenai Ubuntu, Linux dan perisian sumber terbuka.

Ada masa kami tulis lagi artikel mengenai Ubuntu ini. Walaupun kami pengguna tegar Windows tetapi tak salah kalau belajar benda yang lain asalkan ianya ilmu yang sah dan halal untuk kebaikan.

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan