Penaja blog, harap tlg klik

Sabtu

Download Microsoft Office 2010

microsoft office 2010

Microsoft Office 2010 adalah versi peningkatan baru bagi perisian popular Microsoft Office 2007. Bagi mereka yang masih lagi menggunakan Office 2003 dan Office 2007, anda digalakkan untuk upgrade kepada versi terkini kerana ia lebih menarik, canggih, dan amat mesra pengguna. Office 2010 juga kini boleh didapati dalam dua versi iaitu 32 bit dan 64 bit, dan pilihan adalah di tangan pengguna.

Apa yang baru dalam Microsoft Office 2010?

1. Ribbon Menu baru yang telah diupgrade

office 2007 vs office 2010

Ribbon Menu dalam Office 2010 telah diupgrade kepada versi baru, tiada banyak sangat perbezaan cuma nampak lebih kemas dan teratur. Ketika Ribbon UI diperkenalkan dalam Microsoft Office 2007, ramai yang tidak suka kerana mengelirukan dan sangat berbeza berbanding menu asal dalam office 2003. Tetapi bagi saya Ribbon UI jauh lebih menarik dan canggih serta sangat senang digunakan jika anda dah membiasakan diri.

2. Fungsi edit gambar yang diupgrade

office 2010

Jika anda kerap memasukkan gambar di dalam Microsoft Office, Office 2010 mempunyai fungsi edit gambar yang lebih menarik, sangat sesuai untuk orang yang berjiwa artistik.

3. Kebolehan memasukkan video dalam pelbagai format

powerpoint 2010

Jika anda gemar memasukkan Flash ataupun Video didalam presentation, Powerpoint 2010 kini membolehkan anda untuk insert video secara terus ke dalam slide tanpa perlu convert. Lagi menarik, banyak jenis format video disokong seperti avi, wmv, mpg, asf dll. Office 2007 hanya menyokong mpeg dan wmv sahaja dan sangat terhad.

4. Animation baru di dalam Powerpoint

Anda boleh menambah effect2 dan transition baru yang lebih cool di dalam Powerpoint 2010. Lepas ini boleh menunjuk kepada rakan atau pensyarah slide anda yang lebih up to date dan bergaya.

5. Microsoft Publisher yang telah diupgrade

publisher 2010

Microsoft Publisher 2010 juga telah dikemas kini kepada versi baru dan rupa baru. Di dalam Office 2007, malangnya Publisher masih lagi mengekalkan rupa lama dan tiada penambahan fungsi baru tetapi Publisher 2010 menampakkan banyak peningkatan. Dan peningkatan ini tentunya bakal meningkatkan produktiviti sesiapa sahaja yang menggunakan Publisher 2010 ini.

6. Built in Save to PDF

Anda kini boleh menyimpan dokumen atau presentation secara terus dalam bentuk PDF tanpa perlu install apa-apa plugin atau virtual pdf printer. Sesiapa yang ingin menulis ebook hanya perlu guna Word 2010 selepas ini kerana sangat memudahkan segala urusan kerja anda.

7. Stabil, laju dan ringan

Bagi saya Office 2010 sangat stabil serta laju. Ia juga tidak menggunakan banyak ram. Sejak menggunakan Office 2010 daripada versi beta lagi saya rasa tak ada masalah crash, hang atau sebagainya…terbaik.

Untuk fungsi-fungsi baru yang lebih detail, anda boleh tengok link berikut; http://office.microsoft.com/en-us/word/top-10-reasons-to-try-word-2010-HA101631757.aspx?WT.mc_id=wap_enus_txta_word

Download Microsoft Office 2010

microsoft office 2010[7]

Anda boleh download versi trial 60 hari di laman web Microsoft: http://office.microsoft.com/en-us/try/try-office-2010-FX101868838.aspx?WT.mc_id=MSCOM_bnr_enus_try

Atau boleh download installer sahaja daripada laman Softpedia; http://www.softpedia.com/progDownload/Microsoft-Office-Download-58321.html

Tips lanjutkan tempoh trial kepada 180 hari

office 2010 trial extender

Office 2010 trial extender membolehkan anda menggunakan Office 2010 trial sehingga 180 hari atau 6 bulan. Google untuk link download Smile with tongue out

Kesimpulan

Bagi saya akhir-akhir ini produk keluaran Microsoft agak bagus dan boleh dibanggakan seperti Windows 7, Windows Live Wave 4 dan juga Office 2010. Selepas ini tengok pula bagaimana reaksi pengguna selepas Windows Phone 7 dikeluarkan. Anda pernah guna Office 2010? Boleh bagitahu feedback anda di bahagian komen ya! Bagi yang belum guna lagi tu selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan